klik

Anak Tiri Dato' Sri Siti Nurhaliza, Asyraf Diberi Amaran Kerana Syed Saddiq


Dalam minggu ini kita telah didedahkan dengan beberapa pendedahan yang dilakukan oleh selebriti negara mengenai ketidakbebasan dalam menzahirkan pendapat serta sokongan secara terang-terangan kepada pihak pembangkang (sebelum PRU14).




Kini anak tiri Dato' Siti Nurhaliza iaitu Asyrah Khalid pula turut mendedahkan perkara berkenaan. Asyraf berterima kasih kepada Ketua Pemuda Bersatu yang juga ahli Parlimen baharu Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas keberanian beliau untuk bersikap terbuka.

Menerusi kenyataan di WhatsApp itu, Asyraf mendedahkan beberapa gangguan diterima termasuk ahli keluarganya.  Dia juga mengaku didatangi individu yang didakwa mewakili Lembaga Hasil Dalam Negeri, namun pihak berkenaan hanya menyatakan kehadiran mereka adalah atas arahan seseorang.

Asyraf juga mendakwa, selepas dia memuat naik gambarnya bersama Syed Saddiq, dia ada menerima ugutan supaya tidak berbuat demikian kerana tindakannya itu dianggap sebagai satu tanda sokongan secara terbuka kepada Ketua Pemuda Bersatu itu.

" Kita berada di dunia yang tidak bebas melakukan apa jua termasuk membuat posting instagram," katanya.

Setelah itu, sejak peralihan kerajaan selepas PRU14 ini, Asyraf berkata segalanya berubah dan dia berharap keadaan akan terus kekal selamanya malah dia juga mahu melihat Malaysia terus maju.



sumber :http://www.ohmedia.my/2018/05/anak-tiri-dato-sri-siti-nurhaliza.html