klik

Atikah, Awi Rafael bertunang

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti, Atikah Suhaime dan Awi Rafael, selamat mengikat tali pertunangan di Singapura, hari ini.

Atikah mengesahkan berita pertunangan itu menerusi perkongsian video di laman sosial Instagramnya, sebentar tadi.

Dalam entri terbabit, ibu Awi dilihat menyarungkan cincin ke jari manis pelakon wanita berkenaan yang anggun dalam persalinan biru.

"Ya... Saya terima lamaran ini dan dengan itu secara rasminya saya bergelar tunang Awi Rafael," tulis Atikah mengiringi video terbabit.

Semalam, di laman sosialnya juga, artis jelita berusia 27 tahun itu mengungkapkan kata-kata dirinya percaya Tuhan akan mempermudahkan segala perancangan, tanpa menjelaskan lebih lanjut berhubung perkara itu.

Pada majlis terbabit, Awi kelihatan segak dengan mengenakan sut hitam ketika bergambar bersama tunangnya itu.

Berita pertunangan itu sudah tentu mengejutkan banyak pihak memandangkan kedua-dua artis kelahiran Kota Singa berkenaan tidak pernah digosipkan bercinta, sebelum ini.

Sehingga kini, usaha BH Online untuk mendapatkan ulasan daripada pasangan selebriti itu belum membuahkan hasil.

Awi atau nama penuhnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, 32, ialah seorang penyanyi dan pemuzik yang mula mencipta nama menerusi lagu Aku Jatuh Cinta.

Artis rakaman Warner Music Malaysia itu berkarya sepenuh masa di negara ini.

Manakala Atikah pula sebelum ini pernah dikaitkan dengan kontroversi video 'panas' bersama dua artis lelaki.

Ekoran itu, dia memilih untuk bekerja sebagai pegawai pemasaran di Singapura, berikutan kerjayanya dikatakan semakin perlahan selepas tersebarnya gosip panas terbabit.

sumber : KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti, Atikah Suhaime dan Awi Rafael, selamat mengikat tali pertunangan di Singapura, hari ini.

sumber : https://www.bharian.com.my/hiburan/gosip/2018/03/400602/atikah-awi-rafael-bertunang