klik

Harpal Singh tarik diri wakili Najib

KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Harpal Singh Grewal dan M Athimulan menarik diri sebagai peguam mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Harpal Singh ketika dihubungi, mengesahkan menarik diri selepas mengadakan pertemuan dengan Najib di kediamannya di Langgak Duta, di sini, semalam.

"Ya, saya sahkan sudah menarik diri sebagai ahli guaman mewakili Najib.

"Selain saya, seorang lagi rakan iaitu M Athimulan turut menarik diri," katanya.

Harpal Singh berkata, beliau dan M Athimulan menarik diri secara sukarela dan bukan dipecat oleh Najib.

Difahamkan, kumpulan guaman mewakili Najib kini diambil alih oleh bekas peguam cara negara iaitu Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan enam lagi rakannya.


sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/428542/harpal-singh-tarik-diri-wakili-najib