klik

Kad Raya Hologram 3D

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengumumkan inovasi terbaru dalam menggabungkan teknologi dan tradisi dengan memperkenalkan kad ucapan Raya Hologram 3 Dimensi (3D sempena Aidilfitri tahun ini.



Ketua Pegawai Operasi Mel, Helmi Hashim, berkata inovasi teknologi Augmented Reality (AR) yang diperkenalkan tahun lalu itu mendapat sambutan menggalakkan sehingga merangsang pengeluaran kad raya sama dengan ciri tambahan.

"Kelainan ini menggabungkan digital dan kad raya tradisional untuk menarik masyarakat terutama generasi Y yang lebih tertumpu kepada penggunaan mesej pesanan ringkas dan media sosial," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pos Malaysia, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Mel Komersil Shamsuddin Harun.

Pek kad Ucapan Raya Hologram 3D itu dijual pada harga RM12 yang mengandungi empat kad AR dan masing-masing satu kad ucapan Hari Raya, sampul berserta setem 50 sen, projektor plastik hologram dan poskad filem 'Pulang' edisi terhad.

Kad Ucapan Raya Hologram 3D didatangkan dalam dua reka corak dan video yang berbeza.

Pelanggan perlu memuat turun aplikasi hologram melalui aplikasi Google Play atau App Store dan melekatkan projektor plastik hologram pada skrin telefon pintar untuk melihat video hologram 3D.

Kad keluaran baharu itu boleh didapati di 400 pejabat pos terpilih atau di laman sesawang www.eziemall.com.


sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/428364/kad-raya-hologram-3d