klik

Lelaki warga emas kahwini gadis 18 tahun

Diana dan Sulaeman berkenalan kira-kira setahun lalu, 2 bulan selepas isterinya meninggal dunia.


Perkahwinan melibatkan lelaki tua dan wanita muda atau sebaliknya bukanlah perkara baharu.

Terkini, seorang lelaki warga emas diijabkabulkan dengan seorang gadis yang hanya berusia 18 tahun.

Menurut laporan Kompas, Sulaeman Daeng Ngampam, 62 menikahi Diana Daeng Nganiyang, 18 di Kabupaten Gowa, di Sulawesi Selatan, Indonesia, 2 hari yang lalu di depan penghulu kampung mempelai wanita, Zainal Arifin Daeng Mangung.

Perkahwinan itu diadakan mengikut adat suku kaum Makassar dengan hantaran 35 juta rupiah (RM11,264.45) daripada Sulaeman.

“Setahu saya, tiada paksaan antara mereka walaupun isterinya masih muda,” kata Zainal memetik laporan Detik.com.

“Saya senang dengan perwatakan Sulaeman walaupun kami mempunyai perbezaan umur yang ketara.

“Tolong doakan mudah-mudahan rumah tangga kami berjalan dengan baik,” kata Diana pula.

Diana dan Sulaeman berkenalan kira-kira setahun yang lalu, 2 bulan selepas isterinya meninggal dunia di bengkel buat parang bapa gadis tersebut.

Sulaeman akui terpikat dengan sifat lemah-lembut dan baik hati Diana dan sejak itu dia mula menjalin hubungan dengan keluarga Diana sehinggalah mengambil keputusan untuk melamar Diana.

sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2017/07/19/lelaki-warga-emas-kahwini-gadis-18-tahun/