klik

Najib tidak akan jawab soalan Guan Eng

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak berkata,beliau dinasihatkan supaya tidak menjawab sebarang soalan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana ia sedang dalam siasatan pihak berkuasa.


Dalam satu kenyataan yang dipetik dari Bernama, hari ini, bekas perdana menteri berkata, dalam konteks terhad ini beliau tidak melihat apa-apa manfaat dalam membincangkannya secara umum dengan Guan Eng mengenai isu-isu tersebut.


"Jika perlu saya akan berbuat demikian di pentas forum khas," katanya yang merujuk kepada kenyataan Guan Eng yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan semalam.

Dalam kenyataan itu, Lim berkata Najib yang juga bekas Menteri Kewangan mesti bertanggungjawab terhadap skandal rasuah 1MDB.

Beliau juga membangkitkan lebih banyak soalan tentang pelaburan bernilai AS$ 8.33 bilion (AS$ 1 = RM3.98) yang dibuat oleh 1MDB antara 2009 dan 2013 dan meminta bekas perdana menteri itu untuk membuat beberapa transaksi.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-tidak-akan-jawab-soalan-guan-eng-1.840002