klik

Pelaburan 1MDB satu 'scam'

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 9.45 pagi, hari ini untuk  menyambung keterangannya dalam siasatan dijalankan badan anti rasuah itu berhubung anak syarikat 1MDB, SRC Internasional Sdn Bhd.


Beliau yang diiringi  dua motosikal polis trafik bersama peguam dan anggota pengiring dengan kemeja putih serta kot hitam sempat melambai ke arah media sambil tersenyum.

Seawal jam 7.30 pagi puluhan media asing dan tempatan sudah mula memenuhi pekarangan ibu pejabat SPRM untuk membuat liputan.

Selasa lalu, Najib telah pun memberi keterangan selama lebih empat jam dan dimaklumkan, keterangan tersebut  pernah diberikan tiga tahun lalu, namun lebih terperinci bersama dokumen berkaitan.

Jumaat lalu, sepasukan pegawai SPRM berkunjung ke rumah Najib di Taman Duta di Kuala Lumpur untuk menghantar notis meminta Ahli Parlimen Pekan itu hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan  bagi membantu siasatan kes berkenaan.       

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pada 26 Januari 2016, media melaporkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-senyum-tiba-sambung-keterangan-kepada-sprm-1.838222