klik

Peminat terkejut lihat penampilan terbaharu Jet Li

PEMINAT bintang aksi dan seni mempertahankan diri terkejut melihat penampilan terbaharu Jet Li.


Menurut laporan media antarabangsa, Jet Li kini sedang bergelut dengan penyakit hipertiroidisme dan masalah tulang belakang sehingga menyebabkan rupa parasnya menjadi lebih tua dari usianya yang kini baru 55 tahun.

Bahkan ramai mengakui tidak mengenali pelakon yang pernah popular dengan filem Once Upon a Time in China dan Romeo Must Die sekiranya bertemu di luar.

Sebelum ini, Jet Li pernah mendedahkan dia telah lama menderita akibat hipertiroidisme iaitu penyakit yang menyebabkan perubahan dalam metabolisme dan denyutan jantung seseorang. Ia biasanya dirawat dengan pengambilan ubat.

Jet Li bagaimanapun berkata, sebagai penganut agama Buddha, dia percaya kaedah rawatan meditasi dan amalan membaca kitab dapat menstabilkan tahap penyakitnya.

Baru-baru ini beberapa foto yang merakamkan lawatan Jet Li ketika di sebuah kuil di Tibet telah tular di media sosial, rata-rata netizen terkejut dengan penampilan hero kelahiran Beijing ini yang kelihatan semakin uzur dan tidak kuat lagi seperti sebelum ini.

Tambah menyedihkan, Jet Li harus dipapah semasa ingin berjalan, keadaannya itu cukup membuatkan para peminatnya sayu dan berdoa agar bintang hebat ini dapat kembali sihat seperti sediakala. Pun begitu, ada sekeping gambar yang menunjukkan Jet Li masih lagi mampu tersenyum di hadapan kamera.

Jet Li mula mencipta nama di dunia filem selepas dia meninggalkan gelaran sebagai juara Wushu Kebangsaan ketika remaja sekitar akhir tahun 1970-an.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/hiburan/peminat-terkejut-lihat-penampilan-terbaharu-jet-li-1.838063