klik

Peti besi rumah Najib berjaya dibuka

KUALA LUMPUR – Selepas proses menggerudi sejak 5 petang semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membuka peti besi di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta Taman Duta hari ini.




Pada awalnya dikatakan peti besi itu berusia sudah lebih dua dekad itu tidak dibuka disebabkan kuncinya hilang.

Peti besi itu telah cuba dibuka sejak pada hari serbuan oleh anggota pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman diketuai pengarahnya Datuk Amar Singh semasa menggeledah kediaman Ahli Parlimen Pekan itu sejak pukul 5 pagi semalam.

Media difahamkan dua tukang kunci ditugaskan untuk membuka peti besi yang terletak di tingkat satu premis bekas Presiden UMNO itu adalah barang peribadi milik keluarga pemimpin itu antaranya beg tangan dan sebagainya dirampas pasukan itu semasa serbuan.

“Tugasan buka peti berkenaan telah selesai dan peti besi itu mengandungi wang tunai,” kata sumber tanpa mengulas lanjut.

Bagaimanapun, dipercayai jumlah wang tunai yang ditemui dalam peti besi lama itu belum dapat dipastikan lagi.

Dalam satu lagi perkembangan difahamkan dua tukang kunci lagi ditugaskan untuk membuka lapan lagi peti besi di kediaman rasmi PM di Putrajaya dikatakan sedang diusahakan sejak 12 tengahari tadi.

Setakat ini media juga belum dapat pengesahan daripada Amar Singh berhubung maklumat itu.


sumber : http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/05/18/peti-besi-rumah-najib-berjaya-dibuka/