klik

Rakyat Malaysia Tak Pernah Tahu 7 Perkara Tentang Surfing

Mungkin apabila menyebut tentang Surfing atau sukan luncur air, ia lebih sinonim dengan negara-negara barat. Jarang sekali kita didedahkan tentang sukan ini.




Kebanyakkan rakyat Malaysia menganggap sukan ini merbahaya dan tidak yakin untuk mencuba. Malah, ada ke orang surfing kat Malaysia ni? Kat mana tempat orang selalu surfing?

Nah! Kali ni Oh! Media nak share fakta menarik tentang sukan luncur air yang ramai rakyat Malaysia tak tahu.

1. Malaysia mempunyai pantai yang best untuk Surfing
Tahukah anda bahawa Malaysia mempunyai beberapa pantai di pantai timur dan barat yang best untuk Surfing. Malah menjadi tumpuan para surfer dari seluruh dunia datang untuk bermain dengan ombak pantai kita

2. Pantai Cherating, Pantai Batu Buruk dan Pulau Tioman lokasi Popular kaki surfer
Disebalik keindahan pantai yang cantik, air laut bergelora di Pantai Cherating dan Pantai Batu Burok merupakan destinasi paling popular bagi golongan kaki surfing. Begitu juga dengan Pantai Juara di Pulau Tioman. Malah, Pantai Batu Burok, Terengganu pernah menjadi tuan rumah kepada Pertandingan Surfing Antarabangsa dan menerima kunjungan daripada kaki surfer dari seluruh dunia.
Pantai Cenang dan Pantai Tengah di Langkawi juga turut menjadi tumpuan untuk sukan air ini.

3. Musim monsun adalah waktu terbaik untuk Surfing
Rupanya apabila pulau-pulau di Malaysia ditutup kepada pelancong ketika waktu monsun, inilah waktu terbaik bagi kaki surfing ni bermain dengan ombak. Walaubagaimanapun, musim monsun di sebelah pantai timur adalah berada di zon bahaya kerana terjadinya banjir, angin kuat serta ombak yang ganas.

4. Banyak pertandingan Surfing dianjurkan
Sebenarnya, banyak pertandingan surfing dianjurkan di Malaysia ni. Khas untuk kaki-kaki surfer. Namun, oleh kerana komunitinya tidak besar ramai yang tidak tahu mengenainya.

5. Jangan meluncur tanpa ilmu
Sukan ini sangat extreme dan memerlukan pengalaman serta teknik yang betul sebelum turun ke laut. Bagi yang baru mahu menceburkan diri dalam sukan ini, boleh mengambil kelas belajar meluncur di Bali.

6. Terdapat komuniti dan group Surfing Malaysia
Walaupun komuniti surfer di Malaysia tidaklah besar, namun mereka yang terdiri dari Terengganu SURF Community dan KL Surfrider banyak mengangkat nama jenama luncur besar seperti Rip Curl, Billabong dan Volcom di pasaran Malaysia.

7. Filem pertama yang memartabatkan sukan dan golongan surfing di Malaysia
Buat pertama kalinya, bakal muncul sebuah filem yang berkisarkan kisah tentang sukan luncur air di Malaysia. Sekaligus mengangkat dan mengiktirafkan martabat serta kehebatan golongan surfer di Malaysia walaupun ramai yang tidak tahu.

Filem Surf This Love tertibat GSR Resources Sdn Bhd yang bakal ditayangkan di seluruh negara bermula 22 Februari 2018 ini dibintangi ramai pelakon hebat tanah air iaitu Shukri Yahaya, Pekin Ibrahim, Cristina Suzanne, dan ramai lagi.


sumber :http://www.ohmedia.my/2018/01/7-fakta-menarik-tentang-sukan-luncur-air-di-malaysia.html