klik

Ramai Orang Tak Tahu, Ini Rupanya Fungsi Kemenyan

Hampir semua orang mengenali atau pernah mendengar tentang kemenyan. Pelbagai kisah mistik dikaitkan dengan kemenyan. Asapnya digunakan untuk ritual memanggil jin atau khadam, menarik kekayaan, memanggil arwah nenek moyang, memulihkan tenaga dalaman, mengusir roh jahat, memuja sesuatu untuk mendapatkan berkat, keselamatan dan pelbagai lagi hajat tuan empunya diri.




Apabila dibakar, kemenyan ini akan mengeluarkan bau yang sangat harum. Terdapat pelbagai jenis kemenyan. Kemenyan hitam adalah antara yang paling tinggi daya kekuatan dalam membuat sesuatu hajat. Juga di katakan amat digemari makhluk ghaib.

Hukum Membakar Kemenyan

Kemenyan atau 'Frankincense', bukanlah sejenis batu walaupun ada yang memanggilnya sebagai 'Batu Kemenyan'. Kemenyan berasal dari kayu gaharu atau getah pohon damar. Pada zaman Rasulullah SAW membakar kemenyan bertujuan untuk mengharumkan ruangan atau melawan bau yang kurang sedap di sesuatu tempat. Sudah tentulah hal ini tidak bertentangan dengan hukum agama akan tetapi semuanya bergantung kepada niat, maksud atau tujuan masing-masing. Segala amalan yang sunnah kalau niatnya bertentangan ajaran Islam, maka tidak boleh dilakukan dan haram.

Kemenyan digunakan untuk kecantikkan

Memeranjatkan tetapi itulah kebenaran hasil kajian yang dilakukan. Asap kemenyan yang wangi berfungsi menenangkan minda. Tekanan yang kita alami akan berkurangan, tidur akan lebih lena dan menghasilkan kulit yang lebih sihat dan bermaya. Ibu yang sedang hamil juga boleh membakar kemenyan sebagai aromaterapi.

Kemenyan juga dijadikan pati, apabila diamalkan pori-pori akan semakin halus menjadikan kulit wajah semakin muda berseri. Masalah kulit seperti jerawat dan jeragat juga akan diselesaikan. Malahan bertindak sebagai antiseptik yang merawat gatal-gatal digigit serangga seperti nyamuk dan sebagainya.

Kongsi artikel ini untuk menyebarkan fakta kemenyan yang tidak diketahui ramai.


sumber : http://www.ohmedia.my/2018/01/fungsi-sebenar-kemenyan.html