klik

Saraya Mia dinobat Duta Beauarti

KUALA LUMPUR – Pencarian wanita cantik sebagai duta produk kecantikan Beauarti akhirnya terjawab apabila Saraya Mia Sarambhand dinobatkan sebagai pemenang pada pertandingan Miss Beauarti Malaysia 2018 yang berlangsung di Subang Jaya minggu lalu.


Tempat kedua dimenangi oleh Chia Ann Ri, 23 manakala tempat ketiga menjadi milik Syasya Jamal, 22.

Saraya yang berusia 23 tahun, berdarah kacukan Thai ini tidak menyangka dirinya akan menjadi duta produk penjagaan kulit yang halal dari Korea Selatan.

“Saya memang terkejut apabila diumum sebagai pemenang dan saya menganggap kemenangan ini sebagai tuah dalam hidup saya kerana semua yang terpilih ke pertandingan ini ada kelebihan masing-masing.

“Produk ini memang meyakinkan saya kerana selain halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ia juga membuatkan diri saya lebih yakin untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja,” katanya yang turut membawa pulang wang tunai RM27,000 serta pakej pelancongan ke Korea.

Sebagai duta produk yang terikat dengan kontrak perjanjian selama 12 bulan, gadis berkulit cerah ini sedia untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan .

“Saya hanya akan mengikut program yang diatur oleh pihak syarikat dan saya akan buat yang terbaik untuk meningkatkan imej syarikat ,” ujarnya.

Pada pertandingan yang julung kali diadakan itu, lebih 100 penyertaan telah diterima tetapi hanya 10 yang disenarai pendek untuk ke pertandingan akhir setelah melalui pelbagai proses selama 4 bulan.

Kesemua yang menyertai pertandingan ini telah diadili oleh barisan hakim terpilih antaranya pelakon dan pengacara Felina Cheah, pelakon terkenal Lisdawati dan Ketua Pegawai Eksekutif Beauarti, Datin Sri Norja Amin.


sumber : http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/05/21/125765/