klik

Thailand siasat insiden jet pelatih terhempas

BANGKOK - THAILAND.  Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) akan membuka kertas siasatan berhubung insiden jet pelatihnya yang terhempas di wilayah Tak, semalam.


Jurucakap RTAF Pongsak Semachai berkata, siasatan menyeluruh perlu segera dijalankan untuk mengenal pasti punca nahas.

Ini merupakan insiden terbaharu melibatkan aset RTAF selepas sebuah pesawat pejuang JAS39 C Gripen terhempas ketika mengadakan pertunjukan sempena Hari Kanak-Kanak di Lapangan Terbang Hatyai pada awal tahun ini.

Dalam kejadian semalam,  jet L-39 ZA/ART itu dalam penerbangan latihan sebelum terhempas berhampiran padang golf di daerah Sam Ngao.

Insiden yang berlaku kira-kira 2.50 petang (waktu tempatan) itu mengorbankan juruterbang, sementara pembantu juruterbang cedera parah.

Juruterbang yang maut dikenali sebagai Ketua Skuadron Kruekkit Suwanno dan pembantu juruterbang Kapt Jeerasak Namwongsri.

Difahamkan, pesawat yang mempunyai satu enjin dan dua tempat duduk itu baru sahaja berlepas dari pangkalan udara Wing 41 di Chiang Mai apabila insiden itu berlaku. - Bangkok Post

sumber : http://www.sinarharian.com.my/global/thailand-siasat-insiden-jet-pelatih-terhempas-1.837651