Kesal dengan tindakan sekumpulan guru yang membabi buta melakukan tindakan sendiri yang menyebabkan M Vasanthapiriya, pelajar tingkatan dua menamatkan riwayatnya di tali gantung. Dia yang dapat diselamatkan bapanya semasa kejadian 5 hari lalu, meninggal dunia hari ini. Vasanthapiriya bertarung nyawa setelah mengalami kegagalan organ dan mati otak semasa dirawat di Pusat Rawatan Rapi, Hospital Seberang Jaya.
Vasanthapiriya, pelajar malang di SMK Methodist di Nibong Tebal, dipanggil untuk disoal siasat oleh 3 guru pada 2.00 petang Rabu lepas. Salah seorang guru wanita, menuduhnya mencuri telefon bimbit iPhone 6 miliknya. Setelah dia menafikannya, seorang lagi guru yang lain memukul belakang badannya di hadapan pelajar lain.
Masih tidak puas hati, Vasanthapiriya kemudian dikurung di sebuah bilik di kuarter pejabat guru selama 5 jam, tanpa makanan atau dibenarkan ke tandas. Pada 6.45 petang, suami guru yang hilang telefon bimbit itu tiba di sekolah. Pasangan itu mengancam akan membawanya ke polis tetapi kemudian membawa Vasanthapiriya ke rumahnya untuk bertemu ibu bapanya. Remaja itu kemudian lari ke biliknya, sementara ibu bapanya dan penuduhnya keluar rumah untuk menyelesaikan perkara itu.
Bapanya yang berusia 50an,pulang sekitar 8.20 malam terpaksa memecah pintu bilik anaknya selepas panggilannya tidak disahut. Vasanthapiriya didapati tidak sedarkan diri dan tergantung pada sehelai selendang yang diikat pada paip pendingin hawa. Kakinya tersentuh di lantai dan dia masih hidup. Bapanya melakukan rawatan kecemasan dan membawanya ke hospital setelah gagal.
Vasanthapiriya Kumpul Duit Untuk Sambut Harijadi Penuduhnya
Menyayatkan hati apabila diketahui bahawa, Vasanthapiriya telah mengumpulkan RM70 dari kawan-kawannya untuk menyambut harijadi guru yang menuduhnya. Duit itu diberi kepada bapanya seorang bekas tukang masak, untuk memasak hidangan majlis tersebut di sekolah . Sedih bapanya kerana tidak menyangka tergamak guru tersebut bertindak sedemikian hanya kerana sebuah telefon bimbit.
Sehelai nota bunuh diri ditinggalkan Vasanthapiriya yang menyatakan menyatakan dia tidak mencuri telefon berkenaan dan tidak mahu menyusahkan ibubapanya. “Cikgu (nama dirahsiakan) saya tidak ambil telefon bimbit cikgu,” tulis Vasanthapiriya dalam Bahasa Tamil, bersama ucapan selamat tinggal kepada ibu bapa dan neneknya.
Vasanthapiriya dituduh kerana kelibat pencuri dirakam oleh kamera litar tetutup (CCTV) seakan Vasanthapiriya. Namun begitu, mereka tidak boleh mengesahkan samaada itu adalah Vasanthapiriya. Pihak sekolah itu tidak mengikuti prosedur operasi standard sepatutnya dan guru terlibat telah dipindahkan ke pejabat pendidikan daerah (PPD) Seberang Prai Selatan susulan kes berkenaan untuk siastan lanjut olh pihak polis dan jabatan pendidikan.
Orang ramai yang memerlukan kaunseling boleh menghubungi Befrienders di 04-2815161/ 1108 di Pulau Pinang, 05-547 7933/955 di Ipoh, 06-284 2500 di Melaka, 06-765 3588/89 di Seremban, dan 03-7956 8144/5 di Kuala Lumpur.
Tergamam mendengar kisah ini. Sepatutnya, tindakan memanggil ibubapa yang sepatutnya diambil terlebih dahulu. Bukannya mengambil tindakan sendiri memberikan tekanan emosi kepada anak - anak terutamanya remaja. Kongsikan artikel ini untuk menjadi pengajaran kepada semua.
sumber :http://www.ohmedia.my/2018/02/pelajar-bunuh-diri-sebab-guru-samseng-.html