klik

Lesap RM2,000 Ditipu Peniaga Online, Lelaki Ini Kejar Sampai Jumpa Dan Berkongsi Caranya!!

Penipuan dan peniaga online memang tak dapat dipisahkan. Ya, bukan semua tetapi memang banyak penipuan yang dilakukan melalui online kerana ianya cara yang paling mudah untuk digunakan dan lebih kurang risiko untuk menjalankan kegiatan jahat mereka.




Mungkin ada antara kita yang hilang RM10 melalui pembelian online tapi mungkin ada yang hilang hingga ribuan ringgit ditipu peniaga online. Perkongsian dari saudara Adam Rafiqi kepada Ohmedia dilihat sangat menarik dan berguna untuk rujukan semua.

Berikut adalah perkongsian beliau...

Ini perkongsian bagaimana mahu mendapatkan balik duit anda dengan TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA melalui pengalaman sendiri.

Bismillah..

RM2000+ saya lesap pada 15 Disember 2017, kena scam.

Boleh dikatakan semua orang bagitau redha la, memang tak dapat balik duit tu. Ya redha, but doesnt mean let it pass. Rm2000 tu lah duit paling banyak pernah aku pegang.

Setiap kali bayar RM500 sahaja untuk dapatkan henfon 2nd, dengan macam2 alasan suruh tambah, 2nd hand dah sold out, kena angkat baru. Then dia pancing kata duit akan burn selepas pukul 3ptg ke gitu.

Ini iklan dalam mudah.my

Alhamdulillah melalui Tuntutan Tribunal pada 13Feb 2018, pemilik bank company yang aku masukkan duit tu datang, dengan alasan syarikat dia kena sabotaj. Total RM38k,14 nama berlainan masuk ke dalam akaun tersebut. Contoh, kemungkinan sesuatu syarikat betul2 scam, kemudian pulangkan semua balik duit bila ada orang buat report polis dll, tapi yang tak usaha dapatkan balik duit tu? Situlah keuntungan dia. *Contoh sahaja sebab pemilik syarikat tu memang nampak tidak bersalah.

1 - Simpan semua maklumat, screenshot chat serta iklan barang, rakam jika call, bukti bayaran, PALING PENTING MAKLUMAT PEMILIK BANK.


Contoh menyimpan semua bukti dalam 1 document. Boleh lihat dokumen sebenar kalau nak baca di sini.
2 - Letakkan maklumat tadi dalam 1 document seperti Microsoft Word. Kemudian print. *Contoh pada gambar

3 - Company lagi senang, pergi SSM, minta maklumat syarikat. ( Kalau kt Putrajaya, kena caj RM15+- untuk 1 syarikat ).


Sebenarnya lagi RM150 masih lagi saya belum tuntut kerana dirasakan agak tidak berbaloi alamat agak jauh serta seseorang telah bantu saya cari alamat ni tapi tak dijumpai. Kalau tahu berkenaan syarikat ni , tolong pm saya.
4 - Buat report polis dahulu pastikan bawak document tadi, I'allah kita senangkan kerja orang buat report, nanti orang senangkan kerja ktia pula. Polis ada banyak access.

5 - Buat report KPDNKK juga bawa document bukti tadi, serta laporan polis.

6 - PALING PENTING UNTUK TUNTUT DUIT ANDA, PERGI KE PEJABAT TRIBUNAL TERDEKAT, ISI BORANG NNTI AKAN ADA STAFF GUIDE CARA ISI BORANG.


Surat tuntutan tribunal

7 - Hantar surat tuntutan tribunal tu di alamat syarikat berkenaan. Pastikan ada bukti kukuh bergambar dengan pemilik/pekerja syarikat serta alamat tersebut. Surat akuan sumpahan penyerahan tuntutan juga akan disediakan oleh tribunal.

*PASTIKAN ANDA PERGI SENDIRI, jarak jauh tidak diterima sebagai alasan untuk tuntut hak anda.


Ini gambar saya bersama tauke syarikat tersebut di Tribunal

8 - Langkah terakhir, hadirkan diri pada hari perbicaraan mahkamah. KESEMUA PENERANGAN kepada HAKIM/PRESIDEN adalah melalui mulut anda sendiri, pengalaman saya, hakim memang suruh penuntut sorang sahaja bercakap. I'allah dengan usaha, doa, bantuan Allah SWT, saya dapat tuntut kembali hak saya



sumber : http://www.ohmedia.my/2018/02/lesap-rm2000-ditipu-peniaga-online-dan-bagaimana.html