klik

Jamal ditahan di bawah Akta Senjata Api

Polis Selangor menahan ketua Umno bahagian Sungai Besar itu di Hospital Pakar Ampang Puteri, kira-kira 1.15 tengah hari tadi.


PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos ditahan di bawah Akta Senjata Api, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, Jamal ditahan kira-kira 1.15 petang tadi di Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor.

“Pada 12/5/18, polis terima laporan polis mengatakan Datuk Seri Jamal dengan sengaja mempamerkan senjata apinya dalam sekeping gambar yang viral. Siasatan dibuat di bawah Seksyen 34 Akta Senjata Api

“Suspek sekarang masih ditahan di hospital tersebut kerana sedang menjalani rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mazlan berkata, polis sedang menyiasat Jamal berkaitan beberapa kes dan 2 waran tangkap akan dilaksanakan ke atasnya selepas beliau selesai menjalani rawatan di hospital itu.

sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/22/jamal-ditahan-di-bawah-akta-senjata-api/