klik

Nasib yang timpa pelakon lasak, Jet Li

Jet Li yang hilang dari radar hiburan dikesan baru-baru ini kelihatan jauh berbeza dari dirinya ketika berlakon 10 tahun lalu.



Siapa sangka, nasib pelakon popular antarabangsa dan pengamal aksi lasak serta seni pertahankan diri, Jet Li kini berada di ambang kemunduran apabila tahap kesihatannya dikatakan semakin parah.

Jet Li atau nama sebenarnya Li Lianjie, 55 tahun, kini bertarung dengan penyakit hipertiroidisme dan masalah tulang belakang yang semakin serius sejak 5 tahun lalu.

“Disebabkan penyakit yang saya alami itu, saya terpaksa berhenti daripada melakukan aktiviti fizikal mencabar. Saya diberi amaran doktor pada 2013. Kalau saya teruskan, saya dikhuatiri akan berakhir di kerusi roda,” kata ikon Hollywood yang terkenal melalui filem Lethal Weapon V dan Expendables 2.

Menurut laporan South China Morning Post, sekeping gambar baru-baru ini viral menunjukkan Li melawat sebuah kuil di Tibet, dibantu oleh pembantunya untuk bergerak.

Ternyata hal tersebut mengejutkan semua peminatnya yang tidak menyangka dengan tahap kesihatan Jet Li.

“Saya hanya manusia biasa, bukan Wong Fei Hung atau Huo Yuanjia. Saya sama seperti kamu,” kata Li.

Jet Li pernah mendedahkan mengenai penyakit yang dihidapi sejak 2010 pada tahun lalu kepada The Hollywoood Reporters dan semua usaha yang diambil untuk merawatnya gagal.

Penyakit hipertiroidisme menyebabkan tahap metabolisme tubuh dan kadar degupan jantung pesakit berubah dan selalunya dirawat dengan pengambilan ubat.

Bukan itu sahaja, ekoran penyakit tulang belakang yangg dialami Jet Li akibat kecederaan lampau ketika melakukan aksi lasak pada lewat 1970-an sehingga awal tahun 2000, juga menyebabkan dia tidak mampu berdiri lama.

Kini Jet Li dilihat jauh berbeza daripada personaliti ketika terlibat dalam bidang lakonan. Kini dia melebihkan aktiviti beragama seperti meditasi dan memilih untuk meluangkan masa di kuil Buddha.

sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2018/05/22/nasib-yang-timpa-pelakon-lasak-jet-li/