klik

Peguam minta Jamal lapor diri segera kepada polis

SABAK BERNAM 26 Mei - Peguam kepada Datuk Seri Jamal Md. Yunos, Datuk Mohd. Imran Tamrin memohon Pengerusi NGO-NGO Malaysia itu agar segera menghubunginya atau melaporkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dengan segera.

Mohd. Imran pada masa yang sama turut meminta orang ramai membantu mengesan Jamal bagi membolehkan proses ikat jamin dapat diselesaikan dengan secepat mungkin untuk mengelak sebarang tindak balas daripada pihak berkuasa khususnya tangkapan.

Jelasnya, tindakan Jamal menghilang diri dari Hospital Ampang Puteri semalam mungkin disebabkan faktor salah faham di mana Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar tersebut berkemungkinan beranggapan proses ikat jamin telah sempurna.

“Saya memohon kemaafan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya pihak polis, mahkamah dan hospital dalam kes ini, saya percaya berlaku sedikit salah faham kerana ini pengalaman pertama beliau dalam menghadapi situasi atau prosedur pertuduhan luar kamar mahkamah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

sumber : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/peguam-minta-jamal-lapor-diri-segera-kepada-polis-1.680044