klik

TERKINI: Lelaki dipercayai VIP cedera ditembak 9 das

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki dipercayai individu kenamaan (VIP) cedera dalam kejadian tembakan di simpang Taman Sentosa, Jalan Kulim, Bukit Mertajam di sini, pagi tadi.


Lelaki yang masih belum dikenalpasti identitinya itu dipercayai ditembak sekurang-kurangnya sembilan das tembakan dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, beliau terdengar bunyi letupan yang disangka mercun sebelum melihat sebuah kereta jenis Honda Accord terbabas di pembahagi jalan berhampiran simpang tiga di situ.

Katanya, mangsa yang cedera dibantu orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Bukit Mertajam.

Ketika ini, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid masih dalam perjalanan ke tempat kejadian dan maklumat lanjut akan dikemaskini.

sumber : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/05/430509/terkini-lelaki-dipercayai-vip-cedera-ditembak-9-das