klik

Saya lari ke Washington, hampir mati, kata ketua baru SPRM

Shukri Abdull berkata beliau menerima ugutan dan tekanan daripada pihak pentadbiran sebelum ini.


PUTRAJAYA: Datuk Seri Shukri Abdull mendedahkan beliau terpaksa meninggalkan Malaysia kerana merasakan nyawanya terancam ketika mengetuai siasatan ke atas skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, 3 tahun lalu.

“Pengalaman saya dalam kes SRC-1MDB amat menakutkan, saya hampir mati dalam kes ini. Saya takut nak balik ke sini,” kata ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuam Malaysia (SPRM) yang baru dilantik itu dalam sidang berita pertama beliau di sini.

Menurutnya, susulan pelbagai tekanan daripada kerajaan ketika itu, beliau memutuskan untuk melarikan diri ke Washington.

“Kita (SPRM) hadapi tekanan cukup hebat. Saksi kami dilarikan. Saya sendiri diugut untuk dipecat, saya diminta untuk bercuti awal, bersara awal, dipinjamkan ke bahagian latihan,” kaya Shukri.

Menurutnya, beliau diekori pegawai ketika di Washington.

Shukri berkata ekoran langkah tegas SPRM menyiasat perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak, beliau dan bekas ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dituduh cuba menggulingkan kerajaan Barisan Nasional.

“Saya rasa sedih. Saya dan Abu Kassim dituduh pembelot untuk menjatuhkan kerajaan. Kami buat kerja bersunguh-sungguh untuk selamatkan negara dan membawa balik wang (1MDB) dari luar negara,” katanya.

sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/22/saya-lari-ke-washington-hampir-mati-kata-ketua-baru-sprm/